Aloe Mind Malaysia | Mental Healthcare Services in Malaysia and Singapore
Accepting New Clients Currently Full

Shaheda

Counsellor
KB08729; PA08333
Online Malay
SERVICES

I can provide

Individual therapy Couple therapy
Areas of treatment

I can help with

Abuse Academic Anger Anxiety Burnout Career Depression Family Interpersonal Panic Relationship Self-development Stress Suicidal ideation
About me

Get to know Shaheda

Shaheda merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman dalam membantu individu, pasangan, dan remaja yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, tekanan (stress), perubahan mood, skizofrenia (​​schizophrenia), bipolar, ketagihan dadah, pengurusan masa, pengurusan kemarahan, isu-isu perhubungan, masalah imej diri, kemurungan, serta keinginan bunuh diri (suicidal ideation).

Shaheda percaya bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang banyak membantu dan memberi kepada yang lain.. Beliau juga percaya bahawa kita bukanlah manusia yang rosak dan tidak mampu dibaiki, namun kita adalah manusia yang terperangkap. Matlamat beliau sebagai seorang kaunselor adalah untuk menyokong individu, pasangan, dan remaja untuk mengekspresi, merefleksi, dan menjalani kehidupan dengan cara yang selaras dengan nilai-nilai peribadi mereka. Beliau menggunakan teknik terapi Rational Emotive Behavioural Therapy (REBT) dan Solution Focus Technique (SFT). Pengalaman beliau dalam fasiliti-fasiliti kesihatan mental korporat dan swasta membantu beliau untuk menyesuaikan diri dalam membantu klien. Beliau juga suka memberi ceramah dan latihan mengenai kesihatan mental serta latihan yang berkaitan dengan Teknik Penyelesaian Masalah dan Teknik Pemikiran Kritis.

Shaheda adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (Universiti Putra Malaysia) dan Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Undang-Undang (Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah). Beliau adalah kaunselor berdaftar bersama-sama Lembaga Kaunselor Malaysia (KB08729; PA08333), dan beliau fasih dalam Bahasa Melayu.

Therapeutic approaches

How I work

Cognitive Behavioral Therapy (CBT) Narrative Therapy Solution-Focused Brief Therapy (SFBT)
Qualifications

Education & certifications

• Master of Education Guidance and Counselling University Putra Malaysia
• Bachelor of Syariah and Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah